Penginapan selesa, rasa seperti di rumah sendiri.
Homestay moden menghadap Sungai Kelantan, dekat AEON Mall KB. Semak tarikh kosong dan tempah terus dalam talian.
Bergaya moden, lokasi premium.
Terletak di lokasi strategik Lembah Sireh, Kota Bharu, hanya beberapa langkah dari AEON Mall, Lotus's, KPTM, 7-Eleven, E-Mart dan pelbagai kedai makan popular. Ada juga klinik, dobi layan diri dan akses mudah ke tebing Sungai Kelantan untuk menikmati sunset atau makan-makan di tepi sungai.
- Reka bentuk moden dan kontemporari✓
- 3 bilik tidur + 2 bilik air✓
- Ruang makan & dapur lengkap✓
- Suasana tenang menghadap Sungai Kelantan✓
- Sesuai untuk keluarga, gathering atau photoshoot✓
- Parkir tersedia, privasi & keselamatan terjaga✓
RM250 / malam
Tempah sekarang
.jpeg)
Semua keperluan, tersedia.
Kemudahan lengkap dan moden untuk keselesaan anda sepanjang penginapan.
Penghawa dingin
Bilik tidur utama, bilik kedua dan ruang tamu.
Bilik tidur selesa
2 katil queen berhawa dingin dan 1 katil single.
Dapur lengkap
Dapur memasak dan ruang makan dengan peralatan.
Peti sejuk
Simpan makanan dan minuman dengan selesa.
Mesin basuh & seterika
Sedia untuk penginapan singkat atau lebih lama.
Pemanas air
Mandi selesa pada bila-bila masa.
Televisyen
Hiburan untuk seisi keluarga.
Parkir khas percuma
Tempat letak kereta khas untuk penghuni.
Keselamatan 24 jam
Kawalan keselamatan, privasi dan ketenangan.
Lif
Akses mudah ke unit anda.
Gimnasium
Kemudahan riadah untuk kekal aktif.
Badminton & taman permainan
Dewan badminton dan taman permainan kanak-kanak.
Berhampiran segalanya.
Jarak anggaran dari homestay ke tempat-tempat penting di Kota Bharu.
Lokasi berdekatan
- AEON Mall Kota Bharu~1 km
- Lotus's~1.9 km
- KPTM Kota Bharu~2 km
- KB Mall~3.4 km
- Pasar Siti Khadijah~3.8 km
- Pasar Malam Wakaf Che Yeh~4.7 km
- Kampung Kraftangan & Muzium~5 km
- Hospital Raja Perempuan Zainab II~5 km
- Kelantan Golf & Country Club~5 km
- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra~12 km
Makan, kafe & kemudahan
- Terminal Bas Kota Bharu (Lembah Sireh)Bas ekspres
- Atas Cafe KB12 tgh - 10 mlm
- Nasken Coffee Lembah SirehKafe
- D47 Bistro CafeLokal & barat
- Itaewon StallKorea
- ZUS CoffeeKafe
- FZ CafeWestern
- Klinik Primer Lembah Sireh8.30 pg - 10 mlm
- Dataran Lembah Sireh & tebing sungaiRekreasi
Institusi pengajian berhampiran
Pilih tarikh anda
Tarikh berlorek sudah ditempah. Klik tarikh masuk, kemudian tarikh keluar. Anda juga boleh guna borang tempahan Google Form.
Sudah menempah?
Masukkan no. rujukan dan no. telefon untuk melihat status tempahan anda.
Sila baca sebelum menempah.
Dengan menempah, anda bersetuju dengan syarat dan peraturan berikut.
Daftar masuk & keluar
- Daftar masuk 3.00 petang, daftar keluar 12.00 tengah hari.
- Penalti RM10 sejam jika lewat keluar.
- Caj satu malam jika keluar selepas 8.00 malam.
Bayaran & deposit
- Sewa dan deposit (jika diminta) dicatat secara bertulis atau cetak oleh pihak homestay.
- Kadar sewa asas boleh berubah dari semasa ke semasa.
- Bayaran melalui kod QR DuitNow. Untuk bank transfer, sila minta no. akaun daripada kami.
- Deposit jaminan RM50 dikenakan untuk kerosakan dan kehilangan barangan. Ia dikembalikan melalui bank transfer jika tiada kerosakan atau kehilangan.
Peraturan dalam homestay
- Dilarang merokok di dalam homestay.
- Binatang peliharaan tidak dibenarkan.
- Aktiviti tidak bermoral seperti minum arak dilarang. Penginapan boleh dibatalkan tanpa bayaran balik.
- Hormati jiran dan jangan membuat bising.
- Menjemur pakaian hanya di ruang dobi (sebelah dapur).
- Maksimum 10 orang. Jika melebihi, tempahan boleh dibatalkan.
Tanggungjawab penyewa
- Penyewa bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kemalangan diri serta tanggungan. Tiada tuntutan terhadap pengurusan.
- Kunci rumah apabila ditinggalkan. Homestay tidak bertanggungjawab atas kehilangan akibat kecuaian.
- Gunakan kemudahan dengan berhemah. Kerosakan atau kehilangan barang perlu diganti mengikut kos yang ditentukan pemilik.
Terma am
- Syarat terpakai untuk semua tempahan, perjanjian sewa dan kemudahan.
- Penyewa wajib membaca dan memahami syarat ini. Ia sebahagian daripada kontrak bersama bayaran deposit.
- Pihak homestay berhak mengubah peraturan tanpa notis awal.
Maklumat berguna
Berapa kadar penginapan?
Bermula RM250 semalam untuk seluruh rumah. Jumlah dikira automatik semasa anda memilih tarikh.
Bagaimana tempahan disahkan?
Selepas anda hantar borang, tuan rumah akan menghubungi anda melalui WhatsApp. Anda boleh semak status menggunakan no. rujukan.
Adakah ada tempat letak kereta?
Ya, parkir percuma disediakan.
Di mana lokasinya?
Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan, berhampiran AEON Mall KB.
Bilakah waktu daftar masuk dan keluar?
Daftar masuk 3.00 petang dan daftar keluar 12.00 tengah hari. Penalti RM10 sejam dikenakan jika lewat.
Bagaimana cara bayaran?
Melalui kod QR DuitNow (CIMB) yang dipaparkan dalam borang tempahan. ToyyibPay sementara tidak tersedia. Untuk bank transfer, sila minta no. akaun daripada tuan rumah.
Apakah deposit jaminan RM50?
Ia dikenakan sebagai jaminan kerosakan dan kehilangan barangan di homestay, dan termasuk dalam jumlah bayaran. Ia dikembalikan melalui bank transfer jika tiada kerosakan atau kehilangan.
Berapa orang dibenarkan?
Maksimum 10 orang. Binatang peliharaan dan merokok di dalam rumah tidak dibenarkan.